Tuesday, October 30, 2012

Resepi Mudah: Daging Masak Lemak Cili Padi

Salam...
Ku nak share satu lagi resepi mudah hari ni...
Mmg sgt mudah la, bagi beginner mcm aku ni...
Untuk makluman suma, ku mmg xsuka masak dan xreti masak...
Mungkin berkat doa suami yg bosan dah makan luar hari2, ku skrg dah suka masak, baca2 buku resepi...
So now, nak share resepi yg sgt mudah ni kepada semua...



Daging Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahannya:
Daging
Cili padi, bwg kecil, bwg putih, kunyit, halia-blender
Kentang
Serai yg telah diketuk
Santan
Asam keping
Garam dan gula

Cara membuatnya:
1. Masukkan daging, bahan yg diblender, kentang, serai dan santan ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati dalam api sederhana
2. Tambahkan sedikit air dan masak sehingga mendidih
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, dan masukkan sekeping asam keping
4. Sebelum nak tutup api tuh, masukkan sedikit pati santan supaya lebih lemak

Tadaaa, dah siap... Mudah x? Cuba yer, jgn xcuba... :

~Asiah Ishak~

Daging Masak Kicap Blackpaper... :-)

Salam...
Ni salah satu favourite recipe kat rumah ku ni...
Simple dan sedap!!!
Meh ku terangkan bahan-bahan dan cara membuatnya...


Daging Masak Kicap Blackpaper...
Bahan-bahannya:
Daging yang telah digoreng dengan garam dan rempah kunyit
Bahan untuk ditumis-Bwg besar, bwg kecil, bwg putih, halia, cili merah, cili padi-semuanya dihiris
Sesudu kecil lada hitam-ditumbuk
Kicap dan separuh cawan air asam jawa
Garam dan gula

Cara membuatnya:
1. Tumiskan semua bahan untuk ditumis dan lada hitam sehingga naik bau
2. Masukkan daging dan kacau rata
3. Masukkan kicap dan air asam jawa dan kacau sehingga mendidih, tambah air jika perlu
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa

Tadaaaa... Dah siap pun resepi simple dan sedap pada tekak ku ini... Resepi ku ni, khas utk org yang baru berjinak-jinak dgn dunia masakan ni... Hehehe... Selamat mencuba...

~Asiah Ishak~

Daging Paprik Istimewa... :-)

Wah, dah tiga hari berturut turut ku masak daging...
Sempena ku dapat daging korban 2 bungkus arituh...
Satu dari syg, sbb ibu syg buat korban di kampung...
Satu lagi dr ayah, sebab ayah buat korban jua...
So nampaknya, ku kan update resepi2 daging la beberapa arini...


Kita mulakan dgn resepi Paprik Daging...
Bahan-bahannya:
Daging yg telah direbus
Kobis bunga, putik jagung, carrot, kacang buncis, cili merah yg telah dipotong ikut kesesuaian
Bawang putih ditumbuk halus
Cili boh, sos cili, sos tiram, sedikit air
Bawang besar dipotong kasar
Daun limau purut dipotong kasar
Garam dan gula

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih dan cili boh sehingga naik bau
2. Kemudian, masukkan sesudu sos cili, sesudu sos tiram, daun limau purut dan sedikit air dan kacaukan sehingga masak
3. Masukkan daging dan sayur-sayuran dan kacau rata sehingga semuanya empuk
4. Masukkan bawang dan sedikit garam dan gula, dan kacau sampai semuanya sebati...

Dah siap pun... Hidangkan panas-panas... Buat sekali, pasti nak buat lagi... Nyum-nyum...

~Asiah Ishak~

Sunday, October 28, 2012

dah tak lama lagi...

erm...ku menghitung hari jer...
xsuka perasaan ini...
perasaan yg akan berjauhan dgn baby tersyg...
dah 2 bln bersamanya...
indahnya waktu bersamanya...
next month nk blk ofis pula...
arghhhh tidak... :'(