Monday, July 30, 2012

Catatan 10 Ramadhan...

Alhamdulillah, dah 10 Ramadhan...
Masih bernyawa di bumi Allah ini...
Syukur...

Seronok sgt ari Sabtu lepas, dapat berkumpul semua adik beradik di kampung...
Wlupun ku berbuka puasa di rumah mertua ku, tapi lepas tuh, ku pulang ke rumah family ku...
Sejak sarat preggy ni, ku xdpt nak tido di rumah mertua sebab masalah kesihatan ku setiap malam...
Asyik perut x selesa...
So, terpaksa la hubby beralah, tido di rumah mak ku setiap kali pulang ke kampung...

Berkumpul adik beradik...
Semua ada cerita masing2...
Ayah bercerita pasal dia sakit kat Kelantan tuh, apa yg dia rasa....
Along & Aisyah & Ain bercerita pasal juadah berbuka yang byk gila..
Kiranya ari Sabtu arituh, pelbagai jenis haiwan yang dimasak oleh keluarga kami...
Itik masak lemak kuning, sotong masak merah, ikan keli bakar, ikan talapia bakar, ayam dll...
Air pulak, bermacam jenis...
Seronok la...
Malam dlm kul 10.30, diorg makan durian pulak...
Huhuhu, ku xjoin la sebab ku xsuka durian...
Dalam makan2 durian tu, sempat lagi si hubby belajar dari ayah tentang menjala ikan...
Hubby kata, 2x dia try menjala, tp x berjaya...
Ayah pun dah tunjuk, hoe to menjala...
Hubby kata, tgk ayah cam semput je mengajar dia menjala di padang depan rumah, hubby pun menukar topic lain...
Risau lak ayah sakit lepas tuh...
Macam2...

Semalam balik KL awal, dalam kul 4 mcm tuh, gerak balik KL...
Kalo diikutkan hati, nak balik selepas berbuka, tp mengenangkan nnti mengantuk dlm perjalanan, bahaya pulak memandu..
So, kami balik awal sambil mak menapau nasi, udang sambal petai, daging masak lemak kuning, dan sayur lemak putih...
Mak mertua ku menapaukan ayam masak kicap...
:-) Senang, xyah masak...
Bila la aku nak rajin memasak ye...
Arini nak masak sup ayam seperti hubby request last week...
Harap2 berjaya... :-)

Okies la, nak update kenangan hujung minggu ni...
Mana tau, satu hari nnti hilang ingatan, bila baca semula, boleh tersenyum2...
Miss my mom, ayah di kampung...
Kita jumpa weekend ni lagi ya...

~Asiah Ishak~
7.51 pagi, 30 Julai 2012, Isnin

Tuesday, July 24, 2012

Berpuasa dalam Keadaan Sangat Sarat...

7.35am dah sampai ofis...
Keluar rumah 6.42am tadi...
Dalam keadaan hujan sgt lebat dan aku yang mengantuk...
Sgt mencabar perjalanan ke ofis tadi...
Kesian pulak tgk penunggang motosikal yang terpaksa berhenti di bawah2 jambatan utk berteduh...
Bersyukur ku ada kemudahan kereta, tak perlu berbasah2 dipagi hari...
Alhamdulillah...
Semoga kerje arini di pejabat berjalan lancar...
Byk sgt kerja yang menunggu ni...

Erm, pasal berpuasa ni...
Truly, sgt2 mencabar...
Dgn ku yg ada GDM ni, dimana ku kena jaga gula jgn kasi hypo...
Bila dah petang, ku rasa nak hypo sgt2...
Tp bersabar la...
Lepas berbuka, ku terus flet...
Mmg akan terus tido sampai la ke sahur...
Tp xtido mana pun, sebab si Firas tuh, kejap2 bukak pintu, kejap2 tutup pintu, kejap2 kacau aku...
Huhuhu....
Lepas sahur, xtido dan mengemas rumah...
Huhuhu..
Akibatnya, ku mengantuk skrg ni.... :-)
Okiesla, apa yg ku merepek pagi2 buta ni,
ku nak sambung buat kerje...
Wassalam...

7.44am 24/7/12 Selasa

Wednesday, July 18, 2012

Dah Beli Medela Freestyle... :-)

Ni 1st entry utk bulan Julai...
Wah, makin hari, makin kesuntukan masa nak update blog...
Mungkin keadaan yg sgt sarat, menyebabkan ku terbantut nak update itu ini...
Byk benda yang terjadi...

Yang sepatutnya bercuti ke Kelantan, menjadi tragis kepada kami semua sebab ayah sakit dan admit ward kat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) selama 4 hari...
Sambung plak admit ke PPUM selepas berjaya bwk ayah pulang menaiki kereta dalam keadaan beliau sgt tidak larat...
Huh, sampai seluruh badan ku krem, dan terpaksa MC sebab xdpt berjalan (after 2 weeks melelahkan diri)...
Alhamdulillah, keadaan ayah semakin baik...


Okies, this time nak update pasal Medela...
Finally, ku telah beli jua pada hari Jumaat lepas...
Balik kerje, solat & terus gerak ke rumah penjual ni, Sal namanya...
Rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam...
Thanks to Sal yang explain dengan bersungguh2 tentang penggunaan alat ini dan juga how to keep breast milk etc...
Sesungguhnya, aku betul2 nak fully breastfeed baby ni...
Sian kat Firas dulu, xcukup susu ibu sebab ku malas nak pump manual...

Doakan daku yer kawan2...
Erm, la ni tinggal dalam sebulan je lagi nak bersalin...
Sangat nervous sebenarnya...
Masa time Firas dulu, 3 minggu sebelum bersalin, ku dah MC, sebab sakit tak leh jalan...
This time, tak tahu la mcm mana...

Sebenarnya, xgagah mana, tapi mengenangkan tanggungjawab kepada pejabat, ku gagahkan jua...
Lebih2 lagi, bulan 8 ni, ada assignment penting, iaitu nak bayar pergerakan gaji staf dan juga kemungkinan besar ada assignment kerajaan nak bagi bonus sebelum raya ke...
Besar sungguh task ini dan xsampai hati nak biarkan Kak Limah & Vasegi bertungkus lumus berdua jer...
Plus gaji August cepat, iaitu 13/8/12...
Doakan semuanya berjalan lancar yer...
Amin...

~Asiah Ishak~
18/7/12, Rabu