Alhamdulillah, dah 10 Ramadhan...
Masih bernyawa di bumi Allah ini...
Syukur...
Seronok sgt ari Sabtu lepas, dapat berkumpul semua adik beradik di kampung...
Wlupun ku berbuka puasa di rumah mertua ku, tapi lepas tuh, ku pulang ke rumah family ku...
Sejak sarat preggy ni, ku xdpt nak tido di rumah mertua sebab masalah kesihatan ku setiap malam...
Asyik perut x selesa...
So, terpaksa la hubby beralah, tido di rumah mak ku setiap kali pulang ke kampung...
Berkumpul adik beradik...
Semua ada cerita masing2...
Ayah bercerita pasal dia sakit kat Kelantan tuh, apa yg dia rasa....
Along & Aisyah & Ain bercerita pasal juadah berbuka yang byk gila..
Kiranya ari Sabtu arituh, pelbagai jenis haiwan yang dimasak oleh keluarga kami...
Itik masak lemak kuning, sotong masak merah, ikan keli bakar, ikan talapia bakar, ayam dll...
Air pulak, bermacam jenis...
Seronok la...
Malam dlm kul 10.30, diorg makan durian pulak...
Huhuhu, ku xjoin la sebab ku xsuka durian...
Dalam makan2 durian tu, sempat lagi si hubby belajar dari ayah tentang menjala ikan...
Hubby kata, 2x dia try menjala, tp x berjaya...
Ayah pun dah tunjuk, hoe to menjala...
Hubby kata, tgk ayah cam semput je mengajar dia menjala di padang depan rumah, hubby pun menukar topic lain...
Risau lak ayah sakit lepas tuh...
Macam2...
Semalam balik KL awal, dalam kul 4 mcm tuh, gerak balik KL...
Kalo diikutkan hati, nak balik selepas berbuka, tp mengenangkan nnti mengantuk dlm perjalanan, bahaya pulak memandu..
So, kami balik awal sambil mak menapau nasi, udang sambal petai, daging masak lemak kuning, dan sayur lemak putih...
Mak mertua ku menapaukan ayam masak kicap...
:-) Senang, xyah masak...
Bila la aku nak rajin memasak ye...
Arini nak masak sup ayam seperti hubby request last week...
Harap2 berjaya... :-)
Okies la, nak update kenangan hujung minggu ni...
Mana tau, satu hari nnti hilang ingatan, bila baca semula, boleh tersenyum2...
Miss my mom, ayah di kampung...
Kita jumpa weekend ni lagi ya...
~Asiah Ishak~
7.51 pagi, 30 Julai 2012, Isnin
No comments:
Post a Comment