Assalamualaikum…
Arini ku belajar masak Mihun Sup dari kakak ku, Maryam…
So simple but nice…
Tapi, takde la aku amik gambarnye, terlupa lak…
So, aku cite step by step, camne nak buat Mihun Sup…
1st: Celurkan mihun ngan air panas, letak la serbuk kunyit sikit kalo nak mihun tuh berwarna kuning…
2nd: Rebuskan ayam… Sebab nak masak sup tuh, perlukan air rebusan ayam, & ayam tuh nanti, akan dicarik-carik utk dimakan bersama mihun sup tuh nanti…
3rd: Cara masak kuah sup…
(a) Tumiskan bawang putih & bawang merah yang telah diblender sampai naik bau
(b) Masukkan ayam, fish ball & fish cake
(c) Masukkan air rebusan ayam & air putih jugak
(d) Masukkan sup bunjut (2-3 sup bunjut)
(e) Tambahkan garam secukup rasa…
(f) Masak sehingga mendidih
4th: Sediakan bahan-bahan sampingan
(a) Sambal kicap cili api- Bawang putih dibakar sehingga kehitaman. Blenderkan bawang putih tersebut dengan cili api, lepas tuh tambahkan kicap & gaulkan hingga rata. Tak perlu tambah garam atau gula
(b) Ayam rebus yang telah dicarik-carik
(c) Taugeh & cili merah
(d) Daun sup & daun bawang
(e) Bawang goring
Erm, itu sahaja… Simple kan… Esok ku nak try masak… Jemputla datang… Hehehhe…
Notes: Ain & Teepah, sila lah mencuba juadah ini… Hehehee…
asiah.. snap la photo tau len kali.. nampak resepi cm menggiurkan dah ni..next2 time kiter try k..
ReplyDelete