Wednesday, September 14, 2011

Tips Murah Rezki... :-)

Hari ni ku pecah rekod, mendengar IKIMfm sepanjang perjalanan ke office, juga sepanjang berada di office ini...


So, ada tips yg aku dgr & nak sharing ngan kawan2 sekalian...



Tips Murah Rezki:


1. Bangun la sebelum Subuh... Siap2 nak solat, wangi2, mudah la rezki nak masuk...


Ni tak, bangun Subuh pun dah hujung2, itu pun sebab nak siap2 gi kerje... Kalo Sabtu Ahad tuh, ntah bangun Subuh ke dak...


2. Selalu-selalu la baca Ayat Seribu Dinar...


Jangan dok gantung jer kat ruang tamu kat rumah tuh, tp tak amalkan & tak faham maksud pun...

3. Selalu bersedekah & jangan abaikan Zakat... Zakat WAJIB....


Especially zakat pendapatan tuh, ramai yang abaikan... Zakat tuh wajib... Kalau seriau nak bayar lumpsump hujung tahun, sila la buat potongan gaji bulanan....


Lagi satu, bersedekah... Bersedekah ni takkan kurangkan sesen pun duit kita, malah akan menambahkan lagi rezki kita... Allah Taala suka pada orang yang berkongsi hartanya dgn orang yang memerlukan... Barulah Allah Taala akan limpahkan harta pada kita dengan cara yang tak disangka2... Aku mmg agree benda ni, pasal pernah happen kat aku jugak... Mmg rezki yang tak disangka-sangka...Especially kalo kita spent duit kat mak ayah kita, lagi la berkat...


4. Berbuat kebajikan kepada ibu bapa & sokong perkara baik yang pasangan kita atau ahli keluarga nak lakukan....


Mmg tak rugi buat baik ngan mak ayah... berkat hidup kita... Selalula berdoa yang baik2 untuk mak ayah kita sementara mereka masih ada...


5. Jangan sesekali meninggalkan solat...


Erm, apa nak komen pasal ni. Aku pun pernah tertinggal solat... Mmg lepas ni, nak pastikan tak 'sandwich' lagi... Kalo balik lunch tuh, terus solat... Kalo dah dgr adzan Asar tuh, terus solat... Especially Subuh, nak try bangun sebelum Subuh... Mandi2, Solat... Pastu sempat la buat simple breakfast utk hubby... InsyaAllah...


Ini sahaja sharing untuk hari ini...


Cuma satu yang nak tekankan...


Rezki kita hari ini, semua Allah Taala yang kasi...

Semua harta yang kita punya skrg ini, semua harta Allah Taala...

Semua yang ada kat dunia ni, Allah Taala yang punya...

Kita sebagai hambanya, kena selalu berbuat baik, berdoa dgn yakin supaya rezki kita sentiasa dimurahkan olehNya...


Jangan berlagak bila kaya...

Sebab bila2 masa Allah Taala boleh tarik kekayaan kita, tanpa disangka2...

Jangan takut bersedekah kerana duit kita sendiri tak cukup, kerana Allah Taala bila2 masa boleh memberikan kita rezki tanpa disangka2....

Jangan leka dgn kekayaan, takut2 kekayaan itu lebih membawa kita jauh dariNya...

Bersederhanalah dalam kehidupan...


Saya doakan semua yang membaca entry ini, akan mendapat sesuatu yang positif...
Amin, InsyaAllah...


~Asiah Ishak~




No comments:

Post a Comment