Wah, dah tiga hari berturut turut ku masak daging...
Sempena ku dapat daging korban 2 bungkus arituh...
Satu dari syg, sbb ibu syg buat korban di kampung...
Satu lagi dr ayah, sebab ayah buat korban jua...
So nampaknya, ku kan update resepi2 daging la beberapa arini...
Kita mulakan dgn resepi Paprik Daging...
Bahan-bahannya:
Daging yg telah direbus
Kobis bunga, putik jagung, carrot, kacang buncis, cili merah yg telah dipotong ikut kesesuaian
Bawang putih ditumbuk halus
Cili boh, sos cili, sos tiram, sedikit air
Bawang besar dipotong kasar
Daun limau purut dipotong kasar
Garam dan gula
Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih dan cili boh sehingga naik bau
2. Kemudian, masukkan sesudu sos cili, sesudu sos tiram, daun limau purut dan sedikit air dan kacaukan sehingga masak
3. Masukkan daging dan sayur-sayuran dan kacau rata sehingga semuanya empuk
4. Masukkan bawang dan sedikit garam dan gula, dan kacau sampai semuanya sebati...
Dah siap pun... Hidangkan panas-panas... Buat sekali, pasti nak buat lagi... Nyum-nyum...
~Asiah Ishak~
No comments:
Post a Comment