Friday, November 2, 2012

Resepi Mudah: Daging Kaprau

Salam semua...
Arini baru dpt nak buat Daging Kaprau, pasal baru berjaya beli sos cili thai ngan pes tomyam adabi...
Actually resepi ni ku dpt from google2 resepi daging, sbb ada lagi daging korban dlm peti ais ku ni...
Resepi asal dr Kak Jee, website: www.dapurkakjee.com
Thanks Kak Jee, share resepi yg sgt sedap ini...


Daging Kaprau
Bahan-bahannya:
Daging yg telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
Bwg besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
Cili api yang ditumbuk
Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
Daun limau purut (dihiris kasar)
Sedikit gula

Cara-cara membuatnya:
1. Tumis separuh bahagian bwg besar dan cili api sehingga garing.
2. Kemudian, masukkan daging yg telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering
3. Lepas tuh, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata
4. Masukkan sedikit gula.... Dah siap.... :-)

Mesti cuba tau resepi ni...
Seriously, sedap sgt...
Makan ngan nasik panas pun jadi, xyah lauk2 lain...
Ok kengkawan, selamat mencuba...
Buat sekali, pasti nak buat lagi...

~Asiah Ishak~

No comments:

Post a Comment