Tuesday, November 6, 2012

Resepi Mudah: Oreo Cheese Cake :-)

Salam semua...
Smlm teringin sgt nak makan cheesecake...
Untuk makluman, aku mmg suka cheesecake SR especially marble cheesecake, tp nak buat xreti...
Dok google2, jumpa la resepi cheesecake yg mudah, iaitu dgn gunakan Chill Cheesecake Mix...
Apalagi, lepas hubbyku blk keje, ku ajak beliau gi beli brg2 nak buat kek tuh kat bangi...

Firas yg sgt seronok nak makan 'kik' yg mama dia buat... Oreo Cheesecake utk bfast Firas...

Bahan-bahannya simple aja:-
1. Tepung chill cheesecake mix (400gm)
2. Susu segar (300ml)
3. Biskut Oreo (2 bungkus)
4. Buttercup (separuh)

Percaya tak? Ini jer bahan-bahannya...
Now, cara nak membuatnya:-
1. Mula2, kita hancurkan biskut oreo 1 1/2 bungkus, xyah amik krim dia, asingkan... Ku hancurkan ngan gunakan blender jer...
2. Lepastu, cairkan buttercup...
3. Lepas buttercup dah cair, campurkan buttercup tuh dgn biskut oreo yg dah dihancurkan tuh dan sebatikan
4. Letakkan campuran ini kat loyang cheesecake tuh, sebagai base utk cheescake... Masukkan dalam peti ais selama 30 minit, utk keraskan base itu...
5. Seterusnya, campurkan tepung dan susu segar, dan putarkan dalam mixer, 2 minit utk gear rendah dan 3 minit utk gear tinggi...
6. Selepas selesai mix kan adunan ini, bolehla masukkan biskut oreo yg telah dipatah2kan dan gaul guna senduk jer...
7. Setelah base keras, masukkan adunan ini ke loyang dan kemudian hiaskan ikut kesukaan korang...
8. Masukkan dlm peti ais dalam 5 jam sebelum korg nak menketedarah kek ni...
9. Dah siap pun, xsampai sejam pun kan?

Ku buat kek ni kul 10 mlm lebih, morning tadi bg abg Firas bfast cheesecake..
Suka benar dia... Korang pun boleh cuba...
Tepung ni ada dijual di kedai2 bahan2 kek... :-)
Selamat mencuba...

~Asiah Ishak~

8 comments:

  1. salam kak tumpg tnya jika x keberatan...
    mcm sedap , nk try la...
    kedai kek mana yer dibelinya?
    harga berapa?t.kasih

    nurul kajang...

    ReplyDelete
  2. Akak beli kat kedai yummies kat bangi...
    Namanya Chill Cheesecake Mix, diorg letak dalam fridge tau..
    Tak silap, rm15.50 sepaket, untuk 400g...
    Cer try carik..
    Untuk kami makan, sedap la... anak aku suka sgt, dah 2 kali repeat buat kek ni, cause very simple.
    -Arehadi82-

    ReplyDelete
  3. 2sje ke bahan2nya kak..simple sngat..sy bru try uat cheese cake xpi toppingnnya kureng pekat xmcm topping cake biasa

    ReplyDelete
  4. Tepung cheese tu boleh tukar dgn cream cheese tak ??? Berapa agaknya sukatan untuk cream cheese ???

    ReplyDelete
  5. tepung cheese cake mix dgn chill cheese cake sama ker?sbb sy beli kat kedai takde pun letak peti sejuk..

    ReplyDelete
  6. chill cheese cake untuk cheese cake yang disejukkan dlm fridge.. yang cheese cake mix untuk yang bakar punya... kena masuk oven...

    ReplyDelete