Tuesday, May 28, 2013

Fishing Time!

Assalamualaikum...
Jumaat lepas, masa Wesak Day, kami gi beli pancing...
Encik suami sibuk benar nak memancing...
Kalau nak tahu, sebelah umah mak kami kat kampung, ialah sungai...
So, suami selalu geram tgk air naik & dah beberapa kali sebut nak beli pancing...
So, akhirnya impian beliau nak memiliki pancing pertama selepas kami kawen 5 tahun lepas, termakbul...
Hehehehe...


Gambar di atas di rakam time hubby dok tgk pancing nya...
Tak sampai seratus pun harganya, pancing buat main kat sungai / lombong jer...
Sampai kat kampung, hubby pun tunjuk pancing kat ayah...
Ayah kata, boleh bawak ke laut ni...
Rupanya ayah pun baru beli mesin baru, RM130 harganya...
So, ayah pun dah plan nak mancing keesokan harinya kat Sungai Kenaboi...


Gaya seorang pemacing amatur...
Hehheeeh...
Hubby sgt enjoy that day, walaupun pancingnya masih belum mengena apa2 ikan...
Ayah manage to dapat 2,3 ekor ikan, kami terus panggang, cedapnya...
Manis-manis lemak rasanya..
Ikan fresh kan....


Sesambil memancing, kami mandi sungai jugak...
Kali ni balik kampung lupa nak bawak swimming suit diorg, so berbogel la SuperF...
Orang yang paling enjoy, si Firas la...
Banyak adegam2 dia yang membuatkan mamanya tak senang duduk...
Beberapa kali beliau cuba nak terjun sungai dari Jambatan kat situ...
Tapi leh lak dia kata.. "Nanti Yash jatuh, kepala berdarah"
Tahu pulak...
Tapi still nak cuba2 terjun...


Ni lah jambatan yang Firas nak terjun tuh...
Huhuhuuh, penat aku memarah di paada hari tersebut... :-)
Gambar dia atas ialah gambar hubby bersama mentornya, iaitu ayahku...

Dalam kul 5 ptg kami balik umah...
Tanpa membawa pulang apa2 hasil tangkapan...
Tapi otw nak balik rumah, hujan turun dgn lebatnya...
Apa lagi, hubby dan ayahku dah plan nak mancing belah malam plak...

Malam tuh, memancing sakan la hubbyku n ayah, sampai kul 1 pagi lebih nak sampai umah...
Dengar cerita, berpindah2 tempat memancing...
Akhirnya, berjaya bawak pulang 10 ekor ikan baung dan seekor ikan keli...
Hehehehe, puas ati hubby ku...

~Asiah Ishak~
8.24 pagi, 28/5/13

1 comment: