Friday, November 16, 2012

Car Seat baru untuk Fahim... :-)

Salam Awal Muharram...
Semoga kita semua menjadi insan yg lebih baik, insyaAllah...
Bukak buku baru bak kata hubby ku...
InsyaAllah syg...

Just nak update, semalam (cuti Awal Muharram), kami gi Mid Valley, belu carseat baru utk Fahim...
Beliau dah ada carseat dah kat kereta papa, tp kat kereta mama, lom ada carseat yg sesuai utk dia...
Kalo nak guna carseat abg Firas, besar la pulak carseat tuh, kang bergaduh lak ngan abg Firas...
So, beli la yg baru, kaler merah kesukaan mama... Hehehe...
Justifikasi beli carseat ni psl nnti pagi2, papa antar Fahim gi nursery, ptg lak, mama blk awal nak amik baby...
Hubbyku bukan boleh nak balik keje sharp kul 5.30 kan? Huhuhu...
Maknanya, kami dah ada 3 carseat la skrg, boleh tambah baby sorg lagi...
Hehehe....
Jom layanzzz gambar... :-)

My 3 heroes... Firas yg merasmikan carseat Fahim... Mama syg korg semua sgt2... :-)

Gambar di atas di ambil time promoter kasut gi amik sandle baru yg encik hubby berkenan...
Sempat hubby rembat sandle Scholl sepasang...
Very nice sandle...

~Asiah Ishak~

Friday, November 9, 2012

Special Assignment from Hubby...

Assalamualaikum...
Jam menunjukkan kul 1.05pg...
Aku baru selesai breastfeed baby Fahim...
Dikala hubby dan Firas sedang enak tidor, ku baru dapat melepaskan lelah di katil ni...
Hehhehe...

Nak tau ku buat apa?
Ku baru selesai kemas satu rumah...
Siap2kan bersih dan siang sotong, daging, ayam dll lg...
Esok tinggal nak masak jer...
Haaa, ni lah assignment dr hubby tercinta...
InsyaAllah, sok office mate hubby nak mai umah tgk baby Fahim...
InsyaAllah, depa akan mai lepas Solat Jumaat...
So, kita mesti la hidangkan something utk tetamu kan...
Tetamu tuh, pembawa rezki tau...
Kena ingat tuh... :-)

Biasanya ku masak utk 2 org makan jer, la ni assignment nya utk 20 org makan...
Seronok dpt assignment ni, pasal ada cabaran di situ...
Hubby plak yg risau kalo ku xdpt laksanakan...
Tp ku dah bgtau hubby, "syg, u toksah risau, u just siapkan pinggan cawan je nnti...hehehe..."
Sungguh kondifen aku...

InsyaAllah, esok aku akan masak menu yg aku pro, iaitu:
1. Nasi putih
2. Kari ayam
3. Sambal udang
4. Squid salted egg
5. Paprik daging
6. Air barli & air sunquick oren... :-)

Hehehe, xsabar nak masak...
Kalo ikutkan, nak buat cheesecake skali, tp disebabkan hubbyku blk keje pun dah dekat nak pukul 9 mlm td, xsempat nak beli bhn2 cheesecake...
Xpelah, next time la cheesecake tuh yer...
Okiesla, ku nak tido dulu...
Pg ti, still kena bgn awai cam biasa, nk siapakb bfast hubby dan firas...
Esok bfast sandwich tuna jer yer syg... :-)
Gudnite Malaysia....

p/s: Dah xsampai 2 minggu nak balik keje... Arggggghhh, xsukanya... Ku suka jadi surik rumah tangga.... Help!!!

~Asiah Ishak~

Tuesday, November 6, 2012

Resepi Mudah: Oreo Cheese Cake :-)

Salam semua...
Smlm teringin sgt nak makan cheesecake...
Untuk makluman, aku mmg suka cheesecake SR especially marble cheesecake, tp nak buat xreti...
Dok google2, jumpa la resepi cheesecake yg mudah, iaitu dgn gunakan Chill Cheesecake Mix...
Apalagi, lepas hubbyku blk keje, ku ajak beliau gi beli brg2 nak buat kek tuh kat bangi...

Firas yg sgt seronok nak makan 'kik' yg mama dia buat... Oreo Cheesecake utk bfast Firas...

Bahan-bahannya simple aja:-
1. Tepung chill cheesecake mix (400gm)
2. Susu segar (300ml)
3. Biskut Oreo (2 bungkus)
4. Buttercup (separuh)

Percaya tak? Ini jer bahan-bahannya...
Now, cara nak membuatnya:-
1. Mula2, kita hancurkan biskut oreo 1 1/2 bungkus, xyah amik krim dia, asingkan... Ku hancurkan ngan gunakan blender jer...
2. Lepastu, cairkan buttercup...
3. Lepas buttercup dah cair, campurkan buttercup tuh dgn biskut oreo yg dah dihancurkan tuh dan sebatikan
4. Letakkan campuran ini kat loyang cheesecake tuh, sebagai base utk cheescake... Masukkan dalam peti ais selama 30 minit, utk keraskan base itu...
5. Seterusnya, campurkan tepung dan susu segar, dan putarkan dalam mixer, 2 minit utk gear rendah dan 3 minit utk gear tinggi...
6. Selepas selesai mix kan adunan ini, bolehla masukkan biskut oreo yg telah dipatah2kan dan gaul guna senduk jer...
7. Setelah base keras, masukkan adunan ini ke loyang dan kemudian hiaskan ikut kesukaan korang...
8. Masukkan dlm peti ais dalam 5 jam sebelum korg nak menketedarah kek ni...
9. Dah siap pun, xsampai sejam pun kan?

Ku buat kek ni kul 10 mlm lebih, morning tadi bg abg Firas bfast cheesecake..
Suka benar dia... Korang pun boleh cuba...
Tepung ni ada dijual di kedai2 bahan2 kek... :-)
Selamat mencuba...

~Asiah Ishak~

Sunday, November 4, 2012

Resepi Mudah Lagi Sedap: Squid Salted Egg @ Sotong Telur Asin

Salam semua...
Erm, tengahari ni, ku masak Squid Salted Egg, requested by hubby tercinta...
Biasanya kami makan hidangan ini di restoren Chinese Muslim Sharin Low, sbb hubby suka sgt walaupun harga hidangan ini agak mahal...
Favourite punya pasal, mahal pun mahal la...
Tapi kali ni, ku nak cuba sendiri masak hidangan ni, asyik makan yg org lain masak, meh ku masak ngn air tgn ku sendiri...



Bahan2 masakan pun mudah, cara nak masak pun mudah...
Meh ku tunjuk step by step yer...
Apa yang anda perlukan adalah...
Sotong, Cili Kering, Cili Padi, Bwg Putih, Daun Kari, Butter, Susu Sejat, Telur Asin (Telur Kuning), Sedikit Garam...



Itu sahaja, simple kan?

Cara memasaknya:
1. Mula2, masakkan sotong mcm biasa, kasi masak betul2 yer... Pastu, tuskan sotong anda dan letak ketepi...
2. Panaskan butter dan tumis cili kering, cili api, bwg putih dan daun kari sehingga naik bau...
3. Masukkan susu sejat dan kuning telur lepas tuh, sila lenyek kuning telur tuh sehingga lenyek betul...Masukkan sedikit garam secukup rasa...


4. Pastu, masukkan sotong dan kacau sehingga kuah kering... :-)
5. Siap untuk dihidang...

Ini resepi wajib cuba yer...
Mmg sedap menjilat jari, makan plak ngan nasik panas... :-)
Layanzzz...
Suami ku kasi rating, 4 star, out of 5 star...
Beliau kata, SEDAP!!!

~Asiah Ishak~

Resepi Mudah: Sambal Udang

Salam semua...
Haaa, ni resepi sambal udang yg ku buat utk nasik lemak ku tadi (rujuk entry sebelum ini)...
Sambal udang ni boleh buat hidangan makan tengahari ke, malam ke...
Ni resepi mak aku...
Macam biasa, resepi ku pastinya SEDAP lagi MUDAH untuk disediakan...

Sedapnya sambal udang mak... :-)

Sambal Udang Emak...
Bahan-bahannya:
20 ekor udang yg telah dibersihkan
3 sudu besar cili boh
1/2 tiub santan (ku guna santan tiub tadi, anggaran separuh la)
1 labu bwg besar dan seulas bwg putih - hiriskan
1 asam keping
Garam dan gula
Sedikit air

Cara-caranya:
1. Tumis cili boh sampai terbit minyak
2. Masukkan udang, bwg besar dan bwg putih, kacau hingga rata
3. Masukkan santan dan 2,3 cawan air, ikut kesukaan korg la... Kacau sampai mendidih
4. Masukkan garam dan gula, biasanya ku guna nisbah 1 sudu kecil garam dan 3 sudu kecil gula... :-)
5. Masukkan asam keping, gaulkan sekejap dan tutup api...

Dah siap...
Senangkan... So, bolehlah kalian mencuba yer...
InsyaAllah, sedap udang sambal ni... :-)

~Asiah Ishak~